Selama 8 tahun lamanya aku berualang alik dar HPSF ke HBP untuk merawat pesakit yang dirujuk. Ada masa badan terasa keletihan melayan kerenah pesakit yang berbagai. Long list pesakit yang dirujuk menjadikan aku penyabar tetapi kekadang kesabaran ku teruji juga. Apa tidaknya setiap satu pesakit memerlukan rawatan prosedur yang tidak dilakukan oleh pegawai bawahan. Ada juga aku terpaksa menerima rujukan yang tidak munasabah. Diagnosa tidak tepat, tidak melakukan penyiasatan menyeluruh sebelum di rujuk dan ada juga kes yang bukan dibidang kepakaran ku. Mahu tidak mahu aku lakukan jua. Timbul rasa tidak puas hati apabila terpaksa berdepan dengan kes yang sebegini. Kecewa, marah, kesal dan kepenatan! Apabila fikiran terlalu penat dan fizikal masih di ampuhkan mulalah mulut menuturkan yang bukan-bukan. Tetapi ini selalu di salah anggap dan disalah ertikan. Mulalah kerja nak marah dan mengamuk di lemparkan. Patutkah aku respon dengan marah juga? Tidak pernah tidak sekali-kali. Tetapi mulut manusia memang begitu. Sedikitpun aku tidak ambil hati ye kah?
Aku bukannya malaikat. Dosa ku yang lalu belum tahu mendapat keampunan ALLAH swt. AKu tidak mahu menambahkan yang sedia ada. Tetapi fikiran jahat ini sering kali mengganggu. Adalah mereka tahu apa yang berlaku selama perkhidmatan aku disana? Adakah mereka tahu bagaimana harus aku berdepan dengan kerenah pesakit, bebanan kes dan pegawai bawahan? Mereka sedikit tidak ambil peduli. Yang pasti kes beres, pesakit puashati. Bagaimana aku yang terpaksa berhempas pulas mengerah otak dan tenaga untuk memastikan semua kes selesai? Aku cepat-cepat perbetulkan niat sewaktu bekerja.
Akhirnya aku mohonkan keampunan dari ALLAH, supaya Dia redha dengan apa yang aku lakukan. Kerja ku mendapat keberkatan dan pesakit mendapat kebaikan yang semuanya datang dari ALLAH jua. AMIN
Selamat tinggal Hosp Batu Pahat...Kenangan indah akan ku semat kukuh diingatan ini. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment