Wednesday 29 August 2012

Merai kejayaan


Pada hari ini 26 August 2012 kami meraikan kejayaan dua staff yang naik pangkat dan yan seorang lagi berjaya melanjutkan pelajaran. Pada aku kejayaan yang diraih sangat lah bermakna untuk kedua-dua mereka. Apa tidaknya yang dinaikkan pangkat tentunya itu satu penghormatan yang tinggi dalam kerjaya, maklum pangkat tertinggi dalam nursing adalah matron. Apa-apa pun aku tumpang gembira yang penting kecemerlangan mesti diteruskan.Untuk pegawai yang berjaya meneruskan cita-cita aku berbangga kerana jerih payah usaha selama ini akan membuahkan hasil. Best of luck to all of them.
Dr Nurliza akan ke UKM dan Matron Wee akan ke HSAJB

Wednesday 22 August 2012

Ramadhan yang ku tinggalkan

catatan ini untuk diri sendiri...
Setelah 4 hari Syawal menjelma semakin kabur keindahan Ramadhan yang telah ku tinggalkan. Banyak beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Diantara pengajaran yang dapat ku kutip sepanjang perjalanan dibulan mulia adalah belajar bersabar. Cubaan berpuasa dengan penuh kesabaran sedikit sebanyak telah menguji kekuatan iman. Rutin harian ku pada bulan Ramadhan antaranya pergi bekerja pagi ke petang, Balik kerja bersiap untuk menyiapkan juadah berbuka yang selalunya ala kadar sahaja. Selalu aku menyajikan lauk ikan asam pedas dan sayur goreng. Tidak ada pemanis mulut selain kurma sedekah rakan.
Adam ada juga belajar berpuasa pada 2 hari yang pertama tetapi cuaca agak panas menyebabkan dia terpaksa berbuka awal seawal jam 3 petang. Kira ok lah tu
Selesai berbuka, solat aku cuba bertadaruss dan setealh Ramadhan sampai kepenghujung aku berjaya membaca hingga Juzuk 27. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Setelah itu aku bersiap untuk kemasjid sendirian atau ditemani Adam untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih. Suami tidak berminat untuk perkara seperti itu. Dalam hati sentiasa berdoa moga Allah melorongkan hatinya untuk meningkatkan amalan... tetapi apakan daya Allah belum lagi mengabulkan doa ku yang satu ini.

Apabila Syawal hampir hati ini teramat sayu tatkala menjalani soalat Tarawih dimasjid. Teringatkan akan amalan-amalan yang tak seberapa ini dan betapa banyak kelalaian yang telah aku lakukan. Dan hati ibu masih teramat rindu untuk menatap wajah anak kesayangan yang telah lama menemui penciptaNYA. Moga anak mama bahagia disana AMIN