Thursday 6 September 2012

Emergency..

1 September 2012..
Panggilan dar Dr. Lim mengejutkan masa rehat aku yang baru nak bermula setelah seharian penat bekerja. Sebenarnya jam baru menunjukkan pukul 11.30 mlm dan aku baru sahaja sampai dirumah setelah selesai makan malam. Tatkala sampai dirumah aku bercadang membuat blueberry cheesecake setelah membuat kajian secara blog walking pada bloger-blogger masakan terkenal.
Sedang aku sibuk menyiapkan cheesecake Dr. Lim memberitahu seorang pesakit yang mengalami kemalangan jalan raya mengalami pendarahan yangteruk dan patah tulang rahang. Aku menyarankan supaya emergency OT dilakukan pada malam tersebut. Ini kerana agak sukar untuk mereka menlakukan rawatan sebaiknya sekiranya pesakit tidak selesa.
Keadaan pesakit telah di intubate so agak mudah untuk dr. bius untuk menjalankan tugas. Tepat jam 1.37 pagi aku ke hospital dan bersiap sedia untuk menjalankan pembedahan kecemasan. Jam 2 pagi aku memulakan operasi. Rakan setugas yang biasa membantu di dewan bedah tidak aku panggil kerana aku tidak selesa untuk mengejutkan mereka dari tidur yang lena. Sebenarnya aku sempat juga melelapkan mata untuk 30 minit sementara mereka meyipkan persediaan pesakit untuk ke dewanbedah. Jururawat yang ku panggil Zu dan Ros untuk meyiapkan peralatn pembedahan yang akan digunakan terpaksa datang lebih awal seawal jam 12.30 tgh malam.
Agak janggal untuk menjalankan pembedahan di waktu jam 2 pagi. Maklulah mata pada waktu itu tersangat mengantuk dan badan terasa amat keletihan. Daya konsentrasi pada tahap yang tidak sepenuhnya. Dalam kepayahan aku laksanakan juga tugasan dengan Bismillahirroahmanirrahim. Jam 4.15 pagi selesai tugas aku menyambung dan memasang plate untuk memperbaiki tulang rahang yang patah termasuk di tulang muka.
Jam yang berikutnya aku menghadapi cabaran yang lebih hebat apabila mata tersangat mengantuk dan letih. Aku memperbaiki kecederaan pada kulit muka, bibir dan bahagian dalam mulut yang agak teruk. Bahagian bibir bawah terjuntai jatuh, otot pada dagu telah terkoyak dan bahagian dalam mulut terbuka menampakkan gusi dan tulang rahang. Cabaran untuk menyambung semula tissue yang koyak bukan lah mudah. Tidak banyak bahagian yang tertinggal untuk aku menyatumkan menjadi bentuk bibir, dan dagu dengan baik seperti keadan asal.
Jam 5.30pagi jururawat yang membantu mengantuk dan hampir tertidur diatas tray intruments. Mujur ada seorang lagi jururawat yang membantu. Jam 6.15 pagi Dr. Fara mengejutkan aku yang mengambil rehat 5 minit untuk dia keluar , unscrubbed, untuk menunaikan solat subuh. Tinggallah aku dan Dr. Lim menyambung tugasan yang semakin mencabar tadi. Setelah hampir 90% keadaan bibir, dagu dan mulut pesakit dapat dicantumkan giliran aku pula untuk menunaikan solat subuh. Dan pada masa itu jam sudah menunjukkan angka 6.50 pagi. Ahhh... waktu subuh hampir ke penghujung. Dan dengan masa yang sangat suntuk tadi aku membersihkan diri, menukar pakaian yang bersih, mengangkat wudhu dan aku melaksanakan tanggungjawab itu  pada MU Ya ALLAH. Alhamdulillah
Jam 7.30 pagi segala urusan selesai. Dan dengan badan yang keletihan aku langsung pulang kerumah untuk tidur dan berehat.
Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan urusanku pada hari itu dan Allah telah memberikan ilham yang baik untuk aku menjalankan pembedahan tadi dengan jayanya. Syukur dapat aku membantu lelaki Nepal ini untuk dia meneruskan kehidupan dan menikmatinya seperti sebelumnya.