Assalamualaikum... selamat sejahtera kepada yg menjenguk blog ini.
Hari ini adalah off day utk ke klinik. Sebab... penat sangat dek seharian di OT. 4 kes jer tapi penatnya masyallah. Maklumlah start operating kul 8.30 dan habis jam 5.15. Aduss penat berdiri and operate. Tapi alhamdulillah semua selesai dgn jayanya. Atas pertolongan Allah jua yangtelah memberikan kekuatan fizikal, mental dan ilham yang datang untuk melaksanakan pembedahan sebegitu.
Hari ini dek terlalu penat dapatlah mengupdate blog.
Last entry mengenai spam tepong beras yang dikirakan guna resepi lama tapi yang ini adalah apam modem. Kalau kebiasaan apam menggunakan ragi sebagai bahan penaik tapi yang modern tak yah pakai ibu roti atau yeast tapi guna yogurt. Kenapa jadi modern? Sebab yogurt terhasil dari tindakbalas ragi dan susu. Yogurt yang di gunakan mestilah yang asli kerana ini akan menghasilkan apam yang gebu dan lembut. Kebaikan apam ini dia tahan lama dan rasa tetap maintain, sedap, gebu dan tak muak atau hanyir bau telor. Masa penyediaan tak terlalu lama disamping boleh buat kerja lain masa buat apam ni. So untuk yang sibuk dan nak impresskan diri sendiri boleh lah cuba. resepi ada ditepekkan kat bawah. Chewaah. resepi ni bukan ciptaan sendiri. Maklum surgeon mana ada banyak masa nak duduk didapur mereka masakn yang pelbagai. Blog-blog masakan yang banyak dialam maya boleh sangat dijadikan rujukan. resepi apam modern ni diambil dari blog Masam Manis, blog Rima dan banyak lagi blogger masakan yang dah mencuba dan memberikan tip untuk menghasilkan apam ni.
Resepi Apam Modern @ Apam Yogurt
2 biji telur
13/4 cawan gula castor (resepi asal 2 cwn)
1 sudu teh ovalett
1 cawan yogurt asli
------------> Bahan diatas disatukan dalam mangkuk adunan dan kacau guna speed perlahan sampai kembang
2 cwn tepung gandum diayak dengan 1 sudu kecil baking powder.
-----------------> Apabila telor dah kembang masukkan tepong sedikit 2 sambil memukul sampai adunan jadi pekat dan gebu cantik.
p/s: boleh buat kerja lain masa menunggu adunan ni spt memanaskan kukusan dan susunkan papercup dalam acuan tin.
Kukus dalam bekas kecil dgn api kuat.
Tutupkan kain pada tudung pengukus utk memastikan tidak ada wap escape dan apam akan merekah dengan jayanya...
Selamat mencuba.