Tak pernah terfikir difikiran seorang surgeon nak buat blog masak2. Tapi masak tetap masak. Dah memang tugasan isteri dan ibu tak gitu. Bak kata orang tua-tua dulu sepandai mana orang perempuan mesti tahu nak masak. Betul lah sesangat tu. Lagilah sekarang banyak informasi yang boleh dipelajari dari media, alam maya dan dari pengalaman orang lain.
Actually apam tepong beras ni dah lama belajar dari orang dulu-dulu. Ingat pernah sekali mak aku mengajar cara-cara nak buat tapi almaklumle dah lama tak dipraktiskan maka lupa lah gamaknya.
Masuk yang ini dah 4 kali aku cuba berbagai resepi nak buat apam tepung beras tapi hasil kecewa. Kekadang rasa ada tapi rupa hampeh. Kekadang dua-dua tak ada. So berbalik semula ke apam ni, bahan memang simple, teknik lagi cincai, rasa best, gebu lembut tak keras walau disimpan 2 hari. So inilah hasil usaha tangga kejayaan apam tepong beras versi surgeon...kui..kui..kui
Apam ni sesuai dimakan bila-bila lapar. Kan dibuat dari beras so kira macam makan nasi tapi tak de lauk . Tapi kalau diolah cicah dengan kuah kari, or sambal tumis mungkin sedap gantikan kelapa. Hanya kerana dia mengambil masa kurang lebih 2 hari nak buatnyer dek prepare tapai nasi jer yang lama tapi prepare yang lain tak rumit.
Resepi apam tepong beras
2cawan nasi sejuk dijadikan tapai nasi ( + setengah biji ragi yang dihaluskan)
2 cawan tepong beras
11/2 cwan air
1 cawan gula pasir
1 sudu besar Eno
kelapa parut + garam
Biarkan nasi yang diragi tadi 2 malam hingga ragi mengeluarkan air tapai yang manis
Blenderkan tapai nasi dengan 1/2 cawan air
Tepung dan gula pasir disatukan
Tambahkan tapai yang dikisar pada tepung. Bancuh dengan menambahkan air lagi hingga adunan cair sedikit tapi tidaklah watery sanagat
Bancuhan kan mengeluarkan buih2 kecil selepas tapai nasi di campurkan
Biarkan adunan selam 4-5 jam
Bila dah naik tambahkan serbuk Eno 1 sudu. Kacau rata. Letaklah pewarna yang disukai
Masukkan dalam acuan kecil dan kukus dengan api yang kuat.
Bila dah masak sejukkan baru dikeluarkan dari acuan
No comments:
Post a Comment