Tuesday, 10 April 2012

New journey..

Assalamualaikum...
To myself, my reader an anybody who drop by in this blog. Blog ini ditulis tatkala fikiran telah tenang selesai perkara yang penting dan telah mendahulukan apa yang patut di laksanakan. Setiap perjalanan dalam kehidupan akan pasti akan diturunkan ujian dari ALLAH swt.Setiap ujian itu pasti akan ada manisnya walaupun pahit terpaksa dilalui dahulu. Perjalan yang dahulu memang terlalu menguji kerana dari permulaan perjalanan, ujian yang datang dari segi pengurusan kewangan. Urusan untuk mengubahsuai, mengendali dan memulakan bukanlah suatu yang mudah untuk digalas. Karenah dari kontaktor binaan, electric man, tukang paip, desigener dan pelbagai lagi. Masih teringat bagaimana penat lelah mengecat dinding kerana kontraktor tidak menguruskan kerja-kerja mengecat. Terpaksa membersih dan mengemas ruang lantai yang bari dipasang jubin dan membuang segala sampah sarap yang ditinggalkan. Tenaga yang tercurah dan masa yang telenggang menguruskan semua itu telah pun berlalu. Hasil yang didapati amat menggembirakan.
Perjalan diteruskan semula untuk pelesenan. Pintu tidak menepati piawaian maka ubah suai terpaksa dilakukan. Akhirnya semua dapat diselesaikan dan lesen untuk praktis dikeluarkan dengan rasmi pada 20 Julai 2011.
Setiap bulan dan hari yang dilalui di situ dihadapi dengan perasaan ingin membantu. terutama pada golongan yang memerlukan perkhidmatan di waktu malam. Sambutan menggalakan. Ada waktu tidak dapat praktis sebaiknya. Ada waktu yang tidak ada seorang pun pesakit. Alhamdulillah. pelbagai kerenah pesakit dapat diatasi dengan rasa empati.Dan pada penghujung tahun ujian dalam perjalanan ini berlaku lagi, Kali ini isu keuntungan. Maklumlah sambutan yang menggalakan. Mungkin ada rasa tidak puas hati atau dimana entah silapnya perselisihan faham berlaku. Selesaikah? Caranya... yang tua patut mengalah so siapa yang tua.... diri ini sudah pastinya merasai tua kerana yang muda amatlah banyak tenaga dan semangat tersimpan untuk di cernakan dalam perlakuan dan perbuatan. Yang tua sudah pasti tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa. Give away done!
The next journey thought to begin smoothly tidak sesekali begitu, masih tidak keruan rupanya. Maka keputusan diambil untuk tidak menyambung semula selepas setahun. Begitulah akhirnya janji mulut yang tidak dimetrai. Dan aku terpaksa akur. AKUR< AKUR<AKUR.
Bermulalah perjalan baru untuk Klinik Gigi Sg Abong..

No comments:

Post a Comment