Friday, 11 January 2013

A tickle...


Alhamdulillah segala puji untuk Allah swt yang telah melimpahkan rezeki teramat banyak kepada ku, keluarga, rakan dan kenalan rapat. Tahun 2012 banyka juga memori manis dan pahit tapi elok lah di catatkan yang manis 2 aje...
1, menikmati usia ke 44 dengan kesihatan tubuh badan yang baik. masih boleh bangun pagi menunaikan tanggungjawab kepada Allah, dan melaksanakan urusan rumahtangga dengan lancar
2, dipermudahkan menguruskan sumber manusia ehmmmm part yang sangat susah untuk dilakukan dan perlukan kesabaran

Thursday, 8 November 2012

Blueberry cheese tart

Is a hit this time. I made this for my preggy staff she is craving for it. Last raya I thought my sis to prepare the shell then after a week she in business selling cheese tart to teachers at school and she also sell it at school canteen wallaa.
I took the picture and post it on my wall and it really attract likes from friends. Some response wanted to order and other wanted to taste and there is only one that want me to teach how to do.
Syukur alhamdulillah ilham yg Allah berikan dapat dimanafaatkan kepada orang lain.
Now I'm getting orders from friends. So how? I have to apologise can't make iit for the time being. Has been busy preparing a poster for presentation and patient turn up from nowhere with all kind of problems. All need attention. I have to plan properly my time insyallah I will meet the order.

Saturday, 13 October 2012

Ber plein air ...

Harrrr tu lah yg dikejakan dek hubby . Professional painter hehe tapi yg ni bukan gambor dia. Maleh lah pulak nak edit bagai bagi chantek.
Kerja melukis ni pada aku idak ler senang walaupun cuma tiru apa yg di depan mata especially landscape . Yg ni dia buat kerja kat tengah sawah area pt Penghulu sg rambai. Ada home stay yg diusahakan oleh kawan hubby tapi exact location tak tau.
Ingat dulu2 waktu senggang banyak aku gak gi merayau kat situ pergi
shooting dgn dslr tapi sekarang kempunan jer masa sgt terhad. Satu usaha yg bagus utk introduce the place yg mana kawasan kampung tadi di kekalkan dgn suasana kampung, Ada tali air, rumah kampung, sawah dll. Udara sgt nyaman, sgt sesuai utk beristirehat menenangkan fikiran sambil baca tafsir Al-Quran.

Thursday, 11 October 2012

October...

Pejam Celik2 x dah pun masyukkkk bulan oktober. Started the month with good spirit yg tah ape-ape. Konon nak lebih productive di template kerja, Klinik sendiri Dan di rumah. So far yg menjadi tak berapa nak nampak. Kat rumah memang tak masak sangat sebab tak berapa Ada masa nak masak pun. Beli atau makan di lunar je. Jimat knot ker? Tak juga sebab masa tak Ada. Basically aka kerja 12 jam sehari mana tidaknya di hospital 8- 5 then sambung lagi 6-10. Apa punya gila cari duit cam tu? Duit gaji yg aku bawak balik setiap bulan tak habis pun aku makan anak beranak.
Aku rasa passion kerr workaholic tah let. Aku fikir aku suka tolong orang yg dalam kessusahan.
Tak perr walaupun;penat tapi aku puas. tetapi bila dah terlalu penat mulalah badan tak berapa nak cantik.
Mula2 hub aku yg kena flu n mild fever. Bila masa dia aku balun suh dia makan ubat. Pass tu aku n Adam lak
yg demam. Ala alhamdulillah Allah berikan kesihatan cuma diuji sedikit takkan tak redha kot.
Sempat gak aku merakam orchid kat pergola yg galas berbunga. Best n puas hati.

Thursday, 6 September 2012

Emergency..

1 September 2012..
Panggilan dar Dr. Lim mengejutkan masa rehat aku yang baru nak bermula setelah seharian penat bekerja. Sebenarnya jam baru menunjukkan pukul 11.30 mlm dan aku baru sahaja sampai dirumah setelah selesai makan malam. Tatkala sampai dirumah aku bercadang membuat blueberry cheesecake setelah membuat kajian secara blog walking pada bloger-blogger masakan terkenal.
Sedang aku sibuk menyiapkan cheesecake Dr. Lim memberitahu seorang pesakit yang mengalami kemalangan jalan raya mengalami pendarahan yangteruk dan patah tulang rahang. Aku menyarankan supaya emergency OT dilakukan pada malam tersebut. Ini kerana agak sukar untuk mereka menlakukan rawatan sebaiknya sekiranya pesakit tidak selesa.
Keadaan pesakit telah di intubate so agak mudah untuk dr. bius untuk menjalankan tugas. Tepat jam 1.37 pagi aku ke hospital dan bersiap sedia untuk menjalankan pembedahan kecemasan. Jam 2 pagi aku memulakan operasi. Rakan setugas yang biasa membantu di dewan bedah tidak aku panggil kerana aku tidak selesa untuk mengejutkan mereka dari tidur yang lena. Sebenarnya aku sempat juga melelapkan mata untuk 30 minit sementara mereka meyipkan persediaan pesakit untuk ke dewanbedah. Jururawat yang ku panggil Zu dan Ros untuk meyiapkan peralatn pembedahan yang akan digunakan terpaksa datang lebih awal seawal jam 12.30 tgh malam.
Agak janggal untuk menjalankan pembedahan di waktu jam 2 pagi. Maklulah mata pada waktu itu tersangat mengantuk dan badan terasa amat keletihan. Daya konsentrasi pada tahap yang tidak sepenuhnya. Dalam kepayahan aku laksanakan juga tugasan dengan Bismillahirroahmanirrahim. Jam 4.15 pagi selesai tugas aku menyambung dan memasang plate untuk memperbaiki tulang rahang yang patah termasuk di tulang muka.
Jam yang berikutnya aku menghadapi cabaran yang lebih hebat apabila mata tersangat mengantuk dan letih. Aku memperbaiki kecederaan pada kulit muka, bibir dan bahagian dalam mulut yang agak teruk. Bahagian bibir bawah terjuntai jatuh, otot pada dagu telah terkoyak dan bahagian dalam mulut terbuka menampakkan gusi dan tulang rahang. Cabaran untuk menyambung semula tissue yang koyak bukan lah mudah. Tidak banyak bahagian yang tertinggal untuk aku menyatumkan menjadi bentuk bibir, dan dagu dengan baik seperti keadan asal.
Jam 5.30pagi jururawat yang membantu mengantuk dan hampir tertidur diatas tray intruments. Mujur ada seorang lagi jururawat yang membantu. Jam 6.15 pagi Dr. Fara mengejutkan aku yang mengambil rehat 5 minit untuk dia keluar , unscrubbed, untuk menunaikan solat subuh. Tinggallah aku dan Dr. Lim menyambung tugasan yang semakin mencabar tadi. Setelah hampir 90% keadaan bibir, dagu dan mulut pesakit dapat dicantumkan giliran aku pula untuk menunaikan solat subuh. Dan pada masa itu jam sudah menunjukkan angka 6.50 pagi. Ahhh... waktu subuh hampir ke penghujung. Dan dengan masa yang sangat suntuk tadi aku membersihkan diri, menukar pakaian yang bersih, mengangkat wudhu dan aku melaksanakan tanggungjawab itu  pada MU Ya ALLAH. Alhamdulillah
Jam 7.30 pagi segala urusan selesai. Dan dengan badan yang keletihan aku langsung pulang kerumah untuk tidur dan berehat.
Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan urusanku pada hari itu dan Allah telah memberikan ilham yang baik untuk aku menjalankan pembedahan tadi dengan jayanya. Syukur dapat aku membantu lelaki Nepal ini untuk dia meneruskan kehidupan dan menikmatinya seperti sebelumnya.


Wednesday, 29 August 2012

Merai kejayaan


Pada hari ini 26 August 2012 kami meraikan kejayaan dua staff yang naik pangkat dan yan seorang lagi berjaya melanjutkan pelajaran. Pada aku kejayaan yang diraih sangat lah bermakna untuk kedua-dua mereka. Apa tidaknya yang dinaikkan pangkat tentunya itu satu penghormatan yang tinggi dalam kerjaya, maklum pangkat tertinggi dalam nursing adalah matron. Apa-apa pun aku tumpang gembira yang penting kecemerlangan mesti diteruskan.Untuk pegawai yang berjaya meneruskan cita-cita aku berbangga kerana jerih payah usaha selama ini akan membuahkan hasil. Best of luck to all of them.
Dr Nurliza akan ke UKM dan Matron Wee akan ke HSAJB

Wednesday, 22 August 2012

Ramadhan yang ku tinggalkan

catatan ini untuk diri sendiri...
Setelah 4 hari Syawal menjelma semakin kabur keindahan Ramadhan yang telah ku tinggalkan. Banyak beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan. Diantara pengajaran yang dapat ku kutip sepanjang perjalanan dibulan mulia adalah belajar bersabar. Cubaan berpuasa dengan penuh kesabaran sedikit sebanyak telah menguji kekuatan iman. Rutin harian ku pada bulan Ramadhan antaranya pergi bekerja pagi ke petang, Balik kerja bersiap untuk menyiapkan juadah berbuka yang selalunya ala kadar sahaja. Selalu aku menyajikan lauk ikan asam pedas dan sayur goreng. Tidak ada pemanis mulut selain kurma sedekah rakan.
Adam ada juga belajar berpuasa pada 2 hari yang pertama tetapi cuaca agak panas menyebabkan dia terpaksa berbuka awal seawal jam 3 petang. Kira ok lah tu
Selesai berbuka, solat aku cuba bertadaruss dan setealh Ramadhan sampai kepenghujung aku berjaya membaca hingga Juzuk 27. Alhamdulillah Allah permudahkan.
Setelah itu aku bersiap untuk kemasjid sendirian atau ditemani Adam untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih. Suami tidak berminat untuk perkara seperti itu. Dalam hati sentiasa berdoa moga Allah melorongkan hatinya untuk meningkatkan amalan... tetapi apakan daya Allah belum lagi mengabulkan doa ku yang satu ini.

Apabila Syawal hampir hati ini teramat sayu tatkala menjalani soalat Tarawih dimasjid. Teringatkan akan amalan-amalan yang tak seberapa ini dan betapa banyak kelalaian yang telah aku lakukan. Dan hati ibu masih teramat rindu untuk menatap wajah anak kesayangan yang telah lama menemui penciptaNYA. Moga anak mama bahagia disana AMIN